Leona bakal berlakon? Bapa kongsi video jumpa pengarah untuk drama baharu

Entertainment
1 Jul 2024 • 2:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial Leona bakal berlakon menjadi persoalan selepas gadis itu didakwa menerima tawaran untuk menjayakan pembikinan drama baru daripada sebuah syarikat produksi tempatan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Azhar Sulaiman, aktor itu telah memuat naik satu video memaparkan pertemuan antara dirinya dan Leona bersama orang kuat syarikat produksi, Zeel Production.

Leona bakal berlakon?

Pada ruangan kapsyen, Azhar berkata pertemuan bersama pengarah dan penerbit Zeel production iaitu Fadzil Teh atau Haji Zeel itu bagi membincangkan sebuah drama bersiri untuk TV3.

“Berjumpa dengan Haji Zeel dari Zeel Production untuk drama bersiri di TV3,” katanya pada ruangan kapsyen.

image is not available

Pada masa yang sama, Leona yang duduk bersebelahan dengan bapanya kelihatan mendengar dengan tekun perbincangan tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan Azhar tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertemuan itu, ramai yang menanggap mereka membincangkan tentang tawaran lakonan untuk Leona.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap drama bersiri yang pernah dilakonkan Azhar iaitu Cinta Antara Benua membuat kemunculan semula.

Mesti best kalau pelakon Cinta Antara benua buat comeback

image is not available

Leona bakal berlakon? Best ni buat comeback

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang menyuarakan rasa teruja mereka untuk melihat anak beranak itu bergandingan dalam satu drama yang sama.

Bapa dengan anak satu frame? Tak sabarnya!

image is not available

Wow, anak dengan bapa bergabung! Mesti cerita lawak

image is not available

Sebelum ini, Azhar pernah memberikan bayangan anak bongsunya itu pernah menyuarakan keinginan mahu menceburi bidang lakonan.

Namun, disebabkan kurah fasih berbahsa Melayu, Azhar meminta pempengaruh berusia 22 tahun itu untuk menangguhkan dulu hasrat berkenaan.

Begitupun, Azhar dan isterinya Chempaka Emalin akan membenarkan Leona untuk berlakon sekiranya ada yang sanggup melatih anaknya untuk berbahasa Melayu.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman