Leona buat perangai lagi! Pakai kostum ‘bunny’ siap pakej seksi belanja netizen

28 Oct 2023 • 7:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi bualan selepas dia memuat naik beberapa foto berpakaian seksi.

Leona seksi!

Menerusi hantaran dikongsikan, dia yang kini sedang berada di England dilihat berkongsi foto berpakaian menjolok mata sehingga mendedahkan lurah buah dadanya.

“Bunny on the loose,”tulisnya ringkas.

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, Leona juga turut memuat naik sebuah video yang pada awalnya memperlihatkan dia mengenakan baju berlengan panjang yang dipadankan bersama seluar pendek.

Bagaimanapun, dia kemudiannya menukar pakaian dengan mengenakan gaun berwarna merah jambu dan korset putih serta dipadankan dengan telinga arnah.

Tiada sensitiviti, makin terdedah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh Leona dengan memuat naik gambar dan video berkenaan, lebih-lebih lagi dikongsikan pada masa sekarang.

image is not available

image is not available

Awak cantik, dik… Moga sempat insaf

Selain berasa malu, mereka turut mendoakan agar Leona tidak lagi berpakaian seksi dan berubah kepada gaya yang lebih sopan memandangkan dia masih muda.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tubuh saya, pilihan saya

Sebelum ini, bapa kepada pempemgaruh itu meluahkan rasa syukur kerana dirinya masih bernasib baik tidak diuji dengan masalah besar membabitkan anaknya kecuali soal pemakaian seksi sahaja.

Malah, Leona juga berkata, dirinya berbangga dengan tubuh dan stail pemakaian yang dipakainya selama ini.

“Tubuh saya, pilihan saya,”ujarnya sebelum ini.

image is not available

Ini bukanlah kali pertama pempengaruh itu berpakaian menjolok mata kerana sebelum ini dia pernah berkongsi video mandi sambil berbikini bersama rakan-rakan ketika bercuti.