Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar

LocalCars
20 Nov 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi selepas syarikat terbabit  memberi gambaran mengenai   visi jenama serta  hala tuju kepada pihak media baru-baru ini. 

Pengarah Penjenamaan, Crystal Zhang menyatakan  bahawa Lepas, sub-jenama baharu di bawah Kumpulan Chery, diwujudkan untuk mentakrifkan semula mobiliti elegan bagi generasi pemandu baharu.

image is not availableimage is not available

Beliau menjelaskan bahawa Lepas menumpukan kepada reka bentuk yang tersendiri, teknologi pintar  dan ruang dalaman yang direka sebagai “ruang hidup ketiga” yang menenangkan. 

Teknologi eksklusif jenama ini merangkumi sistem kuasa EV, kejuruteraan keselamatan, ciri kabin pintar, serta komponen generasi seterusnya seperti bateri keadaan pepejal dan enjin Kecekapan Tinggi Kunpeng.

image is not available

Di sebalik itu, Lepas mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan dua model terbaharunya, L8 dan Lpada awal tahun depan dimana versi PHEV akan tiba pada separuh kedua tahun tersebut.

Selain itu, satu lagi model lebih kecil L4 akan turut didedahkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved