“Lepas Beritahu Sakit Dekat Mana, Doktor Terus….” – Bonda Rozita Kongsi Pengalaman Suami Dirawat Di Hospital Kerajaan China

LocalHealth & Fitness
6 Aug 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal Bonda Rozita berkongsi pengalamannya mendapatkan rawatan buat suaminya di sebuah hospital kerajaan di China ketika melancong baru-baru ini.

Suami Bonda Rozita, Aidi Amin Ahmad dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami sesak nafas kerana masalah jantung.

Kami selalu berbual-bual ada saja disembangkan. Tiba-tiba suami senyap, saya pun diam pandang wajahnya, kami terhenti 3 minit. Kemudian dia bersuara, ‘Sayang, panggil ambulans sekarang’.

Menerusi Instagram, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri tersebut telah berkongsi perkara yang membuatkannya kagum dengan sistem perubatan di negara tersebut.

Kata Bonda, dia pernah mempunyai beberapa pengalaman ahli keluarga tidak sihat di beberapa negara termasuklah Turki, Singapura, Australia dan London, England.

Menganggap pengalaman di London paling ‘sedih’, Bonda Rozita berkata fasiliti dan sistem kesihatan di negara-negara tersebut tidak cukup lengkap dan sebaik di China.

Sangat canggih. Mereka (rakyat China) tidak percaya kepada hospital swasta.

Ujar Bonda Rozita lagi, dia sendiri bertanyakan tentang hal itu dan dimaklumkan bahawa kebanyakan rakyat yang kaya juga memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

image is not available

image is not available

Menjengah ruangan komen, sesetengah netizen yang pernah melancong ke China juga berkata mereka berasa kagum serta terpukau dengan hal yang sama.

Dalam pada itu, ada juga yang membandingkan sistem kesihatan negara itu dengan Malaysia dan meluahkan pendapat tentang penambahbaikan yang boleh dilakukan sistem kesihatan negara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-15 15:40:10

Suasana Malam Minggu Di Malaysia Buat Pelancong UK Kagum - "Hanya Suasana Santai Bersama Keluarga & Orang Tersayang"