Lepas Dapat LOD, Individu Fitnah Puteri Sarah Akhirnya Mohon Maaf Secara Terbuka

Entertainment
19 Jul 2022 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Rasanya semua tahu yang kontroversi rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan sejak dia mendedahkan mengenai gangguan yang diterimanya daripada orang ketiga.

Bukan tu jer, baru-baru ini Puteri Sarah juga telah nekad dengan tindakan saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial untuk dijadikan pengajaran kepada orang luar supaya tidak membuat sebarang spekulasi tanpa bukti yang kukuh.

Menurut satu perkongsian di IG Story, pelakon itu kongsikan satu screenshot yang menunjukkan permohonan maaf secara terbuka yang dibuat individu.

image is not available

Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

Perkara ini dilakukan individu berkenaan selepas dia menerima LOD (Letter Of Demand) dan diminta untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah serta keluarganya,

Haa, lain kali kalau nak buat kenyataan apa-apa tu sahihkan dulu. Apapun, semoga segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.