Lepas ‘glove’ kuning, usahawan makanan pakai sarung tangan penternak haiwan pula

26 Mar 2024 • 4:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang usahawan makanan pakai sarung tangan penternak haiwan pula selepas video dia menggunakan glove berwarna kuning ditegur pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Guna sarung tangan panjang pula

Menerusi posting yang dibuat pengguna X dikenali sebagai mhmmdhsm, dia telah berkongsi semula hantaran yang dibuat usahawan makanan terbabit apabila memperlihatkan dia menggunakan sarung tangan panjang mencecah ke lengan untuk menggaul makanan.

Netizen dakwa usahawan makanan pakai sarung tangan penternak

Menerusi kapsyen yang disertakan, dia bertanya kepada pengguna media sosial berkenaan sarung tangan tersebut yang dikatakan biasa diguna oleh para penternak bertujuan untuk menyeluk bahagian dubur haiwan atas beberapa faktor.

Hal sama juga dinyatakan netizen di ruangan TikTok usahawan itu dan dia juga merespon komen-komen berkenaan.

image is not available

 

Usahawan makanan pakai sarung tangan penternak, untuk kegunaan time haiwan beranak?

image is not available

Makanan dah sedap tapi marketing macam tu pula

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dibuat di X, ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak menggunakan tangan sahaja tanpa perlu memakai sarung tangan yang boleh mengundang perbalahan banyak pihak di media sosial setelah video itu dikongsikan kepada umum.

Ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terasa disindir dengan kata-kata usahawan berkenan menerusi video yang dikongsikan itu.

image is not available

Dah kena perli pula

image is not available

Takde sesiapa suruh dia ambil sijil penyediaan makanan ke?

image is not available

Invest la sikit beli mesin gaul

image is not available

Terdahulu, usahawan wanita terbabit telah menjadi perhatian ramai susulan menggunakan sarung tangan berwarna kuning untuk penyediaan makanannya.

Pihak KKM juga telah memberikan teguran kepada usahawan terbabit tentang penggunaan sarung tangan yang digunakan tidak sesuai dan menyarankan untuk memakai sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) memandangkan ia paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

Sumber: X mhmmdhsm