“Lepas Kes Bercakar Kau Tinggal Anak Anak, Naik Cruise” – Jofliam Sekali Lagi Dikritik, Kata Cik Epal Tak Mampu Jaga Han & Yuki

LocalFamily & Parenting
11 Jun 2025 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seakan mahu membuktikan dia lebih hebat dalam menjaga anak-anak, Jofliam sekali lagi meraih perhatian dan menerima kritikan netizen di media sosial.

Menerusi Instagram, Jofliam telah bersuara tentang bekas isterinya, Cik Epal dan mendakwa wanita tersebut tidak mampu untuk menjaga anak-anak mereka, Han dan Yuki.

image is not available

Jofliam juga menyelar tindakan Cik Epal yang hanya menghantar ibu dan bapanya untuk menjemput anak-anak setiap kali tiba gilirannya.

Bukan itu sahaja, dia juga menghentam tindakan Cik Epal meninggalkan anak-anak ketika gilirannya, dan menaiki kapal pelayaran mewah selepas berlaku pertengkaran dan kes cakar mencakar di rumahnya.

Setiap kali giliran, mengarahkan atok dan nekma datang ke rumah untuk menjaga Han & Yuki.

Kau menjerit depan rumah bawa polis bawa peguam, semata nak suruh atok dan nekma jaga Han & Yuki?

Lepas kes bercakar, kau lari tinggal anak-anak dengan atok nekma naik cruise tak say hi dan bye lanngsung dekat anak-anak.

image is not available

image is not available

Hantaran itu mendapat pelbagai kritikan netizen di mana ramai menyebelahi Cik Epal dan berkata mereka faham mengapa wanita tersebut sibuk, untuk bekerja dan mencari rezeki.

Ada yang mengkritik Jofliam dan berkata dia seperti mahu betul-betul membuktikan bahawa dia lebih bagus dalam hal menjaga anak berbanding Cik Epal.

image is not available image is not available

image is not available 2 weeks ago

Jofliam Akui Mampu Jaga Dua Anak Tanpa 'Assistant', Netizen Perli 'Try Hard' - "Takyah Terpaling Ayah Kalau Kau Sendiri Hancurkan Keluarga"