“Lepas Saya Letak Tu, Saya Tak Tengok Dah” – Pengirim Surat Layang Kes Bun*h Zulfarhan

25 Jul 2024 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak semalam mengenai siapakah gerangan pengirim surat layang kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional, Allahyarham Zulfarhan, 7 tahun yang lalu.

Media sosial individu itu, Aiman Aufa kemudiannya menjadi tular dan dihujani ucapan terima kasih oleh netizen Malaysia di atas usahannya membantu menyelamatkan arwah pada ketika itu.

Aiman hari ini dilihat memberi respon di Instagram Story setelah media sosialnya meniti di bibir netizen sejak semalam.

image is not available

Setelah hampir 8 tahun, ni first time saya tengok semula surat ni. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public.

Apa-apa pun, Al-fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha. Allah penentu segalanya. Al-fatihah.

Sekadar info, Aiman Aufa yang pada ketika itu berusia 22 tahun ada memberitahu mahkamah bahawa dia menulis dua pucuk surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM yang Zulfarhan sedang didera oleh rakan-rakannya.

Surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (RESAT) pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Terima Kasih Orang Baik.." - Netizen 'Banjiri' Bahagian Komen Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan