Konflik rumah tangga pelawak terkenal Indonesia, Sule pernah menjadi bualan kerana bekas isterinya, Nathalie Holscher didakwa bermain kayu tiga di belakangnya.
Khabar angin itu diperkatakan selepas pembantu rumah mereka dikenali sebagai Watie mendakwa melihat sendiri Natahlie keluar bersama lelaki lain.
Malah, khabar angin itu dikatakan menjadi punca pasangan ini bercerai namun dinafikan Nathalie.

Terbaru, Nathalie yang merupakan seorang mualaf dilihat kembali membuka tudung selepas setahun bercerai.
Menerusi hantaran di Instagram, personaliti media sosial yang juga merupakan disc jockey (DJ) popular Indonesia ini memuat naik video hitam putih memaparkan dirinya free hair tanpa sebarang kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya melepaskan hijab. Kata mereka, meskipun kecewa dengan manusia, dia tak seharusnya menjauhi Allah SWT.
Kredit: Astro Gempak | Instagram Nathalie Holscher
