“Lepas Viral Ada Orang Report..” – Peniaga Ayam Kipuk Reda Bisnes Dari Rumah Diarah Tutup

28 Jul 2023 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita telah meluahkan rasa terkilan apabila perniagaan yang diusahakannya dari rumah telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi hantaran di laman Facebook, wanita dikenali sebagai Mawaddah Abu Bakar berkata perniagaan Ayam Kipuk yang diusahakannya telah tular di media sosial.

Difahamkan, penjualan Ayam Kipuk yang dilakukan secara online itu tular sehingga ramai rider yang beratur di hadapan rumah untuk mengambil pesanan.

image is not available

Bagaimanapun, Mawaddah memaklumkan selepas perniagaannya tular di media sosial, terdapat individu yang melaporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga terpaksa menutup peniagaannya di kawasan perumahan itu selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Saya redha. Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu.

image is not available

Dalam pada itu, Mawaddah berkata dia akan membuka semula perniagaan Ayam Kipuk miliknya di lokasi berbeza iaitu di sebuah rumah kedai di tingkat 3.

Minggu depan kami akan bangkit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

Bunuh Pemandu Grab, Dua Lelaki Warga Asing Dihukum Gantung Sampai Mati