“Lepastu Ramai Mengadu Ramai Bercuti Di Siam” – Tular Notis View Point Wang Kelian Kenakan Caj Kamera Kepada Pengunjung

14 Feb 2024 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, lokasi pelancongan di Perlis, View Point Wang Kelian dilaporkan sudah mula mengenakan caj kemasukan buat pelancong yang ingin melawat tempat tersebut.

Terbaru, tular sebuah foto yang dimuat naik di aplikasi X oleh seorang individu memaparkan caj terbaharu yang dikenakan kepada pengunjung yang ingin menngambil foto di lokasi ‘view point’ terbabit.

Caj mengambil gambar komersial dikenakan

Dalam hantaran tersebut, terdapat beberapa kategori seperti kamera, perakam video, filem/dokumentasi dan fotografi yang dikenakan caj antara RM15 sehingga RM200 sehari.

image is not available

Sumber : X  

Perkongsian daripada individu tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan keperluan untuk mengenakan caj penggunaan kamera oleh pengunjung.

Kata netizen, selain ‘booking’ hotel yang mahal tidak setara dengan servis yang dikenakan, perkara-perkara seperti ini membuatkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk melancong ke luar negara yang lebih murah seperti Thailand dan Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

(VIDEO) "Jaga Mulut, Dosa Manusia Wajib Mohon Maaf" - TikTokers Kembar 3 Tampil Beri Respon, Dikecam Buka Tudung