
BEAUFORT: Lereng bukit di Batu 60 runtuh dan hampir menimbus sebelah kiri jalan, Sabtu.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Albert berkata, kejadian yang terletak berhampiran sebuah kuari itu berlaku sebelum tengah hari, apabila batu besar tiba-tiba bergolek dan menyebabkan tanah runtuh.
Beliau berkata memandangkan kejadian itu berlaku berhampiran kuari, pihak berwajib perlu memantau kawasan itu dari sebarang potensi bahaya.
“Nasib baik ketika itu tiada kenderaan atau penduduk kampung yang lalu lalang kerana runtuhan itu boleh menyebabkan kemalangan,” katanya kepada Daily Express, Sabtu.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Tambah Albert, kejadian itu juga berpunca daripada kecuaian dan pembersihan tanah yang tidak betul tanpa memikirkan akibatnya.
“Kita minta Jabatan Kerja Raya mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan jalan itu dapat dibaiki,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
