Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan serta-merta lesen bazar Ramadan jika ada peniaga yang memindahkan lesen tersebut kepada pihak ketiga.
Memetik laporan Kosmo!, Anwar berkata tindakan tersebut perlu kerana pemberian lesen juga perlu diberikan secara terus kepada peniaga itu sendiri tanpa melalui mana-mana ejen atau wakil.
Lesen bazar Ramadan dijual kepada pihak ketiga akan dibatalkan

Katanya, keadaan itu sudah berlarutan saban tahun selepas ada ejen-ejen yang mengambil kesempatan dengan mendapatkan komisen besar.
“Malah, ada penjawat awam yang tahu tentang kegiatan itu dan turut bersekongkol. Kita kena pastikan, siapa yang dapat lesen, dia kerja.
“Kalau dia pindahkan lesen itu, batal segera serta-merta. Ini memerlukan keputusan dan penguatkuasaan yang baik. Jadi apa masalahnya untuk memberikan lesen perniagaan kepada orang yang berniaga dan tidak melalui wakil-wakil,” katanya.

Foto hiasan: Berita Harian
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Isnin.
Beliau akui masalah kepincanga lesen bazar Ramadan ini turut berlaku di semua kota di negeri-negeri lain dan sudah berpuluh-puluh tahun, bukan sahaja di Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau berharap tindakan tegas itu akan menjadi contoh penguatkuasaan di tempat-tempat lain bagi membantu peniaga mendapatkan hasil dan upah yang tinggi bagi persiapan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan tentang banyak keterlanjuran dalam bidang penguatkuasaan apabila banyak kedai haram dan kehadiran pendatang asing muncul.
Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Husni Mohd. Noor)
The post Lesen Bazar Ramadan Dijual Kepada Pihak Ketiga Akan Dibatalkan – PM appeared first on Borak Daily.

