Lesen Memandu Tamat Lebih Tiga Tahun Tidak Layak Dapat Subsidi RON95 – Anthony Loke

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 4:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan rakyat Malaysia yang telah tamat Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau lesen memandu selama lebih tiga tahun tidak layak menikmati subsidi bahan api menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95).

Menurut Kosmo, mereka ini bukan sahaja tidak layak menerima subsidi RON95 secara automatik kerana lesen tidak sah tetapi juga akan disekat menerusi sistem Kementerian Kewangan (MoF).

Saya ingin ingatkan kepada orang ramai supaya tidak membiarkan lesen memandu mereka tamat lebih tiga tahun bagi menikmati subsidi bahan api itu.

image is not available

Tambah Anthony lagi, penebusan Budi95 telah pun diintegrasikan dengan sistem MoF dan orang ramai tidak perlu untuk mengemukakan lesen memandu ketika mahu mengisi minyak di stesen minyak.

Katanya, sejumlah 2.4 juta pemegang lesen memandu berada dalam status tidak aktif iaitu telah tamat tempoh melebihi tiga tahun.

image is not available

image is not available

Pemegang lesen memandu yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun juga wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) bagi mengaktifkan lesen memandu mereka.

image is not available

Individu yang tidak memperbaharui lesen memandu di bawah tempoh tiga tahun pula masih layak menerima subsidi bahan api berkenaan, tambah Anthony.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sejak pengumuman berkaitan BUDI95, JPJ telah merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan lesen memandu menerusi pelbagai saluran urus niaga seperti aplikasi MyJPJ, mySikap, kiosk atau mana-mana kaunter JPJ seluruh negara.

image is not available 2025-09-24 12:21:42

"Kau Ingat 300L Tu Bersamaan 300KM? Kampung Dekat China Ke" - Individu Persoal Kuota 300L RON95 Tak Cukup, Netizen Tampil 'Sekolahkan'