

Nampaknya, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu warga emas berusia 70 tahun ke atas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata, berdasarkan kajian dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, dapatan kajian serta analisis antarabangsa menunjukkan bahawa tiada bukti konklusif bahawa pengenalan pemeriksaan kesihatan mandatori berasaskan umur mampu mengurangkan kadar kemalangan secara signifikan.
"Pada masa yang sama sekatan yang dikenakan berdasarkan faktor umur semata-mata berpotensi menjejaskan mobiliti dan kesejahteraan warga emas, khususnya dalam mengakses perkhidmatan kesihatan dan, urusan harian," katanya.





