Lesen mendulang emas 2026 akan dibuka secara rasmi kepada rakyat Kelantan bermula Januari 2026. Permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan bermula tahun hadapan. Layari https://ptg.kelantan.gov.my/ untuk semak syarat kelayakan, permohonan dan maklumat lanjut.

Permohonan lesen mendulang emas ini hanya untuk rakyat Kelantan sahaja. Ini bagi membolehkan mereka menikmati sebahagian hasil mineral yang ada di negeri tersebut.
Berikut dikongsikan info lebih terperinci mengenai permohanan lesen mendulang emas di Kelantan.
Lesen Mendulang Emas Di Kelantan
Lesen mendulang emas di Kelantan adalah permit rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan rakyat Kelantan mendulang emas secara sah di kawasan yang telah diwartakan.
Lesen ini diperkenalkan bermula Januari 2026 sebagai langkah untuk mengawal, memantau, dan memastikan aktiviti mendulang emas dilakukan secara selamat, terkawal dan beretika.
Lesen mendulang emas Kelantan dibuka khusus kepada penduduk tempatan dengan tujuan agar kekayaan hasil bumi negeri dapat dinikmati secara adil oleh rakyat setempat.

Kerajaan Kelantan mengawal selia proses ini untuk mengelakkan eksploitasi oleh pihak luar dan memastikan pemuliharaan alam sekitar serta keselamatan pendulang.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, permohonan mendapatkan lesen itu boleh dibuat bermula Januari depan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan.
Siapa Layak Memohon Lesen Mendulang Emas?
Hanya rakyat Kelantan sahaja (kod pengenalan diri 03/28/29), berumur 18 tahun ke atas yang layak memohon lesen mendulang emas 2026. Permohonan ini tidak terbuka kepada orang luar negeri atau pelancong.
Setiap pemohon hanya boleh memohon satu lesen sahaja untuk mengelakkan aktiviti komersial berskala besar dan memastikan keadilan peluang bagi semua penduduk Kelantan.
Syarat utama lain termasuk pemohon perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri dan bukti warganegara Kelantan semasa membuat permohonan.
Permohonan lesen ini bertujuan untuk mengawal aktiviti mendulang emas secara selamat, terkawal, dan bertanggungjawab, serta memastikan kelestarian alam sekitar dan keadilan ekonomi untuk rakyat Kelantan.

Lokasi Mendulang Emas
Lokasi Mendulang Emas Fasa Pertama telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Aktiviti mendulang emas hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri, seperti di daerah Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, dan Jeli.
Sebanyak 5 kawasan sungai dikenal pasti dengan jarak operasi antara 2 hingga 4 kilometer bagi memastikan aktiviti dijalankan secara terkawal dan selamat.
- Sungai Taduh, Jeli (sepanjang 4 km)
- Sungai Gentian, Kuala Krai (sepanjang 2 km)
- Sunga Galas, Gua Musang (sepanjang 2 km)
- Sungai Bertalu, Tanah Merah (sepanjang 2 km)
- Sungai Pergau, Jeli (sepanjang 2 km)
Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan semua pihak.

Syarat Mendulang Emas di Kelantan
Rujuk syarat mendulang emas di bawah:
- Lesen adalah khusus kepada pemegang dan tidak boleh dipindah milik atau diperbaharui.
- Emas yang diperoleh hendaklah dijual hanya kepada pembeli emas berlesen yang dilantik Pihak Berkuasa Negeri.
- Aktiviti mendulang hendaklah dilakukan tanpa penggunaan jentera berkuasa.
- Mendulang hanya dibenarkan di kawasan yang dinyatakan dalam Lesen Mendulang (Borang B).
- Aktiviti mendulang terhad di kawasan 1/3 bahagian tengah sungai dan tidak dibenarkan mengganggu tebing sungai.
- Pemegang lesen hendaklah sentiasa membawa Lesen Mendulang (Borang B) semasa menjalankan aktiviti.
- Aktiviti mendulang tidak dibenarkan semasa musim tengkujuh atau apabila diarahkan oleh Pihak Berkuasa.
- Mendulang emas di Tanah Milik, Hutan Simpan Kekal atau Tanah Rizab adalah dilarang.
- Keselamatan semasa aktiviti mendulang adalah tanggungjawab penuh pemegang lesen.
- Waktu aktiviti mendulang dibenarkan adalah dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Pemegang lesen hendaklah mematuhi arahan Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan.
- Lesen boleh dibatalkan oleh Pengarah PTG sekiranya berlaku pelanggaran syarat seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Mineral 2001.


Cara Mohon Lesen Mendulang Emas Di Kelantan
Permohonan lesen mendulang emas ini akan dibuka bermula Januari 2026. Rujuk panduan permohonan di bawah:
1. Borang Permohonan boleh dimohon di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Negeri Kelantan, SUS Kota Bharu atau Pejabat Tanah Jajahan atau muat turun link/kod QR.
2. Syarat Pemohon: Anak Kelantan sahaja (kod pengenalan diri 03/28/29), berumur 18 tahun ke atas.
Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan (4 salinan)
ii. Salinan Kad Pengenalan (4 salinan)
iii. Bayaran fi permohonan (RM100)
3. Proses Semakan permohonan lesen sama ada lulus / ditolak: Keputusan akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima.
4. Makluman keputusan kepada pemohon
5. Pemohon yang berjaya perlu membuat bayaran sebanyak RM100 bagi kelulusan lesen
6. Lesen diberikan kepada pemohon: Tempoh lesen tidak melebihi 1 tahun dan tidak boleh diperbaharui.
7. Pemohon boleh mula mendulang di kawasan yang telah ditetapkan: Waktu mendulang adalah pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

Bayaran Lesen
Bayaran untuk lesen mendulang emas di Kelantan adalah sebanyak RM100 setahun.
Setiap pemohon hanya boleh memohon satu lesen sahaja dan bayaran ini tidak boleh dipindah milik kepada individu lain. Lesen ini sah untuk tempoh setahun dan pemohon perlu memperbaharui lesen jika ingin meneruskan aktiviti mendulang emas selepas tamat tempoh.
Cara Semak Keputusan Permohonan dan Jangka Masa Kelulusan
Permohonan lesen mendulang emas di Kelantan boleh disemak di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan. Jangka masa kelulusan permohonan biasanya tidak lebih dari 21 hari bekerja sejak permohonan lengkap diterima oleh pihak berkuasa. Pemohon akan dimaklumkan secara rasmi sama ada permohonan diluluskan atau ditolak oleh PTG Kelantan.
Syarat Pembeli Emas
Emas yang diperoleh daripada aktiviti mendulang hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf oleh kerajaan negeri Kelantan.
Pembeli emas perlu memohon lesen daripada PTG dan terikat dengan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri.
Cara Daftar Pembeli Emas
Untuk mendaftar sebagai pembeli emas diiktiraf, pembeli perlu memohon lesen melalui PTG Kelantan dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan, termasuk butiran perniagaan dan pengenalan diri.
Setelah permohonan diluluskan, pembeli akan diberi lesen dan diwajibkan mematuhi semua peraturan, termasuk pembayaran royalti.
Dengan prosedur ini, kerajaan Kelantan memastikan semua transaksi emas dilakukan secara sah, telus, dan memberi manfaat ekonomi kepada rakyat serta negeri.
Garis Panduan & Peraturan
Garis panduan dan peraturan mendulang emas di Kelantan telah dirangka secara teliti untuk memastikan aktiviti ini dilakukan secara selamat, terkawal, dan bertanggungjawab.
Semua pendulang mesti mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan.
Antaranya ialah:
- Mendulang emas hanya dibenarkan kepada rakyat Kelantan dan hanya di kawasan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.
- Penggunaan peralatan berat atau mesin mudah alih yang berbentuk industri tidak dibenarkan. Mendulang mesti menggunakan kaedah manual sahaja.
- Aktiviti mendulang hanya boleh dilakukan dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan dilarang semasa musim tengkujuh untuk mengelakkan risiko keselamatan.
- Pendulang mesti mematuhi semua peraturan keselamatan, tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, dan menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.
- Hasil emas yang diperoleh mesti dijual kepada pembeli berlesen dan pemegang lesen akan dikenakan royalti.
- Pemantauan berkala akan dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan semua syarat dipatuhi.

NOTA:
- Lesen mendulang emas tidak boleh dipindah milik dan hanya layak untuk pemegang lesen sahaja.
- Pemegang lesen perlu menandatangani akuan mematuhi semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
- Semua perubahan atau pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut enakmen mineral negeri.
Dengan garis panduan dan peraturan yang jelas, kerajaan Kelantan bertujuan memastikan aktiviti mendulang emas memberi manfaat ekonomi kepada rakyat, sambil menjaga keselamatan, alam sekitar, dan keadilan sosial.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan lesen mendulang emas di Kelantan, sila rujuk atau layari laman rasmi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan di: ptg.kelantan.gov.my.
Soalan Lazim Lesen Mendulang Emas
Siapa yang layak memohon lesen mendulang emas?Hanya rakyat Kelantan yang memenuhi syarat dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah layak memohon lesen ini.
Berapa kos untuk mendapatkan lesen mendulang emas?Bayaran permohonan lesen mendulang emas di Kelantan adalah RM100 setahun.
Di manakah aktiviti mendulang emas boleh dijalankan?Aktiviti mendulang emas hanya dibenarkan di kawasan milik kerajaan yang telah diwartakan, seperti Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, dan Jeli.
Adakah mesin atau peralatan mekanikal dibenarkan?Tidak. Hanya dulang manual dibenarkan; penggunaan mesin atau peralatan berat tidak dibenarkan.
Adakah lesen boleh dipindah milik?Lesen mendulang emas tidak boleh dipindah milik atau digunakan secara berkongsi.
Adakah ada had bilangan lesen yang boleh dimohon?Setiap individu hanya dibenarkan memohon satu lesen mendulang emas sahaja.
Bila boleh mohon lesen mendulang emas?Permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan bermula Januari 2026.



