Lesen premis judi: 'Kalau saya reda dengan mungkar, saya dosa' - Sanusi

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lesen premis judi: 'Kalau saya reda dengan mungkar, saya dosa' - Sanusi
Sanusi
Image from: Lesen premis judi: 'Kalau saya reda dengan mungkar, saya dosa' - Sanusi
Sanusi melancarkan Pecah Tanah Pembinaan Kolej Kediaman Pelajar Universiti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil pada Selasa.

BALING - Kerajaan Negeri Kedah akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran merayu sekali gus mengekalkan keputusan bahawa tindakan memperbaharui lesen premis judi adalah tidak berperlembagaan dan di luar bidang kuasa negeri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bagaimanapun menegaskan pendirian peribadinya tetap mematuhi perintah Tuhan dalam mencegah kemungkaran.

“Hati saya dengan Tuhan,” jelasnya ketika ditanya reaksi susulan keputusan mahkamah tersebut yang diputuskan pada 12 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melancarkan Pecah Tanah Pembinaan Kolej Kediaman Pelajar Universiti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil di sini pada Selasa.

**media[3619183]**

Beliau turut menegaskan pendiriannya itu bukan menafikan hak golongan bukan Islam, sebaliknya menyekat perkara yang dianggap mungkar.

“Kalau saya reda dengan mungkar, saya dosa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kerajaan negeri akan mendapatkan penerangan daripada pasukan peguam berhubung keputusan berkenaan.

“Ada rancangan...peguam bagi penjelasan keputusan itu dari sudut undang-undang. Saya tak bolehlah nak bagi, kan? Dari sudut undang-undang, saya tak ada kepakaran itu, peguam yang akan bagi...apa kesan dia, apa yang mengikat kita, apa yang boleh, apa yang tak boleh,” katanya.

Sebelum ini, panel tiga hakim yang dipimpin Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak permohonan Kedah.

Mahkamah menetapkan isu kawal selia perjudian tertakluk kepada undang-undang Persekutuan (Akta Rumah Judi Terbuka 1953).

Tindakan kerajaan negeri menolak lesen premis dianggap ultra vires (di luar kuasa) dan tidak selaras dengan Perlembagaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved