Wanita yang mengandung tidak terlepas dari mengalami alahan. Kata orang pembawakan budak ini ada kalanya sehingga usia kandungan mencecah tiga bulan dan ada juga berlarutan sehingga ke trimester ketiga.
Tapi, agak berlainan pula keadaan bagi wanita ini. Tempias alahan terkena pada suaminya.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok shah_nazri, suaminya dirakam duduk dan mencium pokok limau di depan rumah mereka bagi mengatasi alahan yang dialami.
Replying to @delyla93 penaman buat menghilang alahan #nikmatallah #alahanpanjang #mengandung #kawanbudokpekan #fyp
“Yang mengandung orang lain, yang alah orang lain.
“Kasihan ada, keseronokan pun ada bila suami menerima alahan mengandung,” katanya.
Selain itu juga, beberapa rakaman diambil suaminya kelihatan lesu dan termenung panjang.
Masa moody jangan berani-berani #alahanpanjang #mengandung #nikmatallah #kawanbudokpekan #fyp
Bagaimanapun, menerusi beberapa komen katanya menurut orang tua-tua alahan tersebut berpindah pada suami kerana si suami sangat sayangkan isteri dan tidak mahu membiarkan isterinya menanggung alahan.
Dalam istilah lain pula disebut sebagai couvade syndrome.
The post Lesu & cium daun pokok limau, ramai terhibur lihat gelagat lelaki alami ‘alahan mengandung’ appeared first on The Reporter.


