Letak Kapsyen Singapura Di Malaysia, FB National Geographic UK Teruk Diperli & Jadi Bahan Gurauan

29 Aug 2022 • 12:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perkongsian yang bertujuan mempromosikan kawasan pelancongan di mata dunia oleh National Geographic UK bagaimanapun berakhir dengan mereka menerima pelbagai kecaman dan dijadikan bahan gurauan.

Hal ini selepas laman Facebook (FB) rasmi National Geographic UK membuat hantaran yang menyatakan negara jiran, Singapura sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Susulan itu, pelbagai komen telah diberikan oleh pelbagai pihak dari kedua-dua buah negara yang disifatkan mereka sebagai kesilapan yang tidak masuk akal.

Tersilap, Singapura di dalam Malaysia

Dalam hantaran yang dibuat pada Sabtu (27 Ogos), laman FB National Geographic UK memaparkan gambar pelancong daripada India yang mengunjungi taman awam di Singapura, Gardens by the Bay.

image is not available

“Dari arkib, keluarga dari India berjalan di Gardens by the Bay di Singapura, Malaysia,” tulis laman tersebut di FB.

Hantaran tersebut sudah dipadam

Kenyataan yang tidak benar itu mendapat lebih 28,000 reaksi dan hampir 8,000 komen, serta lebih 16,000 perkongsia sebelum ia dipadam.

Dalam pada itu, syarikat ternama seperti AEON turut tidak melepaskan peluang memerli kesalahan yang dibuat laman FB page tersebut dengan menyatakan salah satu mall mereka yang berada di Bukit Tinggi daripada United Kingdom (UK).

image is not available

“Dari arkib, keluarga dar Malaysia sedang berjalan di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi, UK,” tulisnya di kspayen FB.

Bertukar nama menjadi National Geographic Asia

Berdasarkan carian terkini, laman Facebook National Geographic UK sudah ditukar nama kepada National Geographic Asia.

image is not available

Melihat di ruangan komen pula pada muat naik terbaharu laman FB tersebut, rata-rata pengguna media sosial memerli dengan memberikan pelbagai nama negara yang salah dengan kawasan yang disebutkan.

image is not available

image is not available

image is not available

Source:

View Original Article