“Letak Nama Kucing Ikut Nama Nabi Atau Manusia, Itu Haram!” – UAI

7 Aug 2025 • 1:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menasihati orang ramai agar tidak menamakan haiwan peliharaan khususnya kucing, dengan nama-nama nabi atau pun manusia.

Katanya, berdasarkan kesepakatan para ulama, perbuatan menamakan haiwan peliharaan dengan nama nabi atau manusia adalah dikira haram.

Jangan letak nama binatang dengan nama nabi. Haram, mengikut ijmak ulama. Nama manusia pun dilarang. Letak nama lain.

@ilmi.hub Hukum bubuh nama Nabi pada haiwan ilmu@ilmi hub Tasawuf@ilmi hub Rasulullah@ilmi hub #dakwahtiktok #ustazazharidrus #ilmuagama #ceramahislam ♬ original sound – ilmi hub

Video penjelasan daripada UAI meraih perhatian ramai di TikTok di mana rata-ratanya akui menamakan kucing mereka dengan nama manusia.

Ramai berkongsi nama-nama kucing peliharaan masing-masing dan ada juga yang akui tidak gemar apabila mendengar tuan menamakan kucing mereka seperti nama manusia.

Segelintir individu pula berkata risau sekiranya nama kucing mereka ditukar akan membuatkan haiwan itu tidak tahu memandangkan sudah bertahun-tahun biasa dengan nama diberikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-23 12:14:23

"Memalukan Keturunan..." - Kaya Raya Kerana Buat Kerja Haram? Prince Syed Bersuara...

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved