“Letak Pistol Di Kepala Pun Saya Takkan Bagitahu” – Wan Hanafi Su Beri Pesanan Kepada Semua Pelakon

20 Sep 2023 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon veteran, Wan Hanafi Su mengingatkan semua pelakon untuk tahu meletakkan diri mereka pada kadar bayaran yang sepatutnya.

Ia kerana kadar itu jugalah yang menunjukkan harga diri sebagai anak seni dan tidak ditindas terutamanya bagi pelakon yang sudah lama berkecimpung.

Saya pernah ditanya secara umum mengenai soal bayaran, berapa harga saya untuk sesebuah filem atau drama. Letak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu.

image is not available

Tambahnya, dia pernah ditawarkan kerja dan diminta untuk kurangkan kadar bayaran namun Wan Hanafi akui tidak berasa ralat untuk lepaskan jika begitu.

Itu kan harga diri. Pada saya itu terlalu menghina.

Wan Hanafi bagaimanapun akui kadar bayaran untuk khidmat lakonannya tidaklah begitu tinggi dan masih pada tahap yang relevan.

Aktor itu turut bersyukur kerana tidak pernah berdepan dengan isu bayaran dan menasihati pelakon lain untuk tidak terlibat jika penerbit berkira-kira membayar khidmat lakonan.

Kalau ambil juga semata-mata kita kata untuk duit makan, anda akan menjejaskan kualiti persembahan.

image is not available 5 months ago

Lebih 30 Tahun Berlakon, Wan Maimunah Ditawarkan Hanya RM200 Untuk Telefilem! Sabri Yunus Respon - "Ini Penghinaan"