‘Letakkan calon wanita di kerusi boleh menang’

Politics
29 Oct 2022 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Sahabuddin menyeru parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) supaya meletakkan lebih ramai wanita di kerusi selamat dan boleh menang, yang sejak sekian lama dipegang oleh calon lelaki lebih berumur.

Memandangkan NCWO telah menubuhkan sebuah kumpulan dipanggil Pantau PRU 15 untuk memerhatikan perwakilan wanita dalam PRU15, Dr Sharifah berkata: “Kami akan melihat apa yang parti politik lakukan untuk memastikan penyertaan wanita lebih baik dalam PRU15.”

Beliau berkata, kumpulan itu mahu wanita berwibawa dengan rekod prestasi yang baik diletakkan sebagai calon, dan bukannya “proksi yang boleh dikawal”.