Letupan Bahan Kimia Di Kilang Musnahkan Sebuah Lori Tangki

LocalEnvironment
20 Jan 2025 • 11:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dilaporkan berlaku satu letupan di sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang sehingga mengakibatkan sebuah lori tangki hancur.

Kejadian yang mengejutkan ramai itu menyebabkan berlakunya kerosakan pada bangunan kilang dan premis berdekatan. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa setakat ini.

Punca letupan dari bahan kimia

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar mengesahkan insiden itu serta memaklumkan punca utama kejadian.

Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.45 petang.

Siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang terbabit,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tindakan pantas pasukan Bomba

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengatakan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan selepas letupan berlaku.

Beliau juga memaklumkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alan telah dikejarkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Semakan awal pihak bomba mendapati terdapat asap berwarna kuning yang memedihkan mata di lokasi kejadian.

Pasukan Hazmat (Unit Pengurusan Bahan Berbahaya) menjalankan pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal dan bahan terlibat adalah jenis recycle asid.

#OhmediaNasihat

Kejadian seperti ini mengingatkan kita betapa pentingngya keselamatan di kawasan perindustrian, terutama melibatkan bahan kimia yang berbahaya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.