Letupan Gas Putra Heights: JPJ Buka Kaunter Bergerak

LocalPolitics
3 Apr 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran, mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.

image is not available

Menurutnya, kaunter bergerak itu akan dibuka sehingga Jumaat ini.

image is not available

"Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu," katanya