Letupan Gas Putra Heights: Khidmat Rapid KL Untuk Mangsa, Tamat

14 Apr 2025 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand percuma yang disediakan buat mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya sudah ditamatkan, semalam.

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkata, perkhidmatan itu ditamatkan susulan penutupan pusat penempatan sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights.

image is not available

Sejak mula beroperasi pada 3 April lalu, perkhidmatan ini memberi manfaat kepada lebih 1,100 orang terdiri mangsa, sukarelawan serta agensi kerajaan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan dari PPS ke kawasan kediaman sekitar Putra Heights, Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

"Ia bagi mendapatkan barangan keperluan mahupun dokumen penting mereka serta membantu dalam kerja pembersihan rumah-rumah mangsa.

Secara keseluruhan, sambutan mangsa amat menggalakkan dan mereka menzahirkan rasa syukur atas bantuan mobiliti disediakan.” katanya.