Letupan Gas Putra Heights: Pihak Chery Selesai Serah 50 Kereta Kepada Mangsa

LocalCars
15 Apr 2025 • 8:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Corporate Malaysia telah menyempurnakan penyerahan kesemua 50 kenderaan di bawah Program Bantuan Kenderaan Sementara kepada keluarga yang terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor.

Inisiatif ini, diumumkan pada 2 April (sehari selepas insiden). Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Chery dalam menyokong komuniti tempatan ketika berdepan krisis.

Chery berkata, pihaknya telah menyerahkan 25 kenderaan pada 4 April untuk kumpulan pertama, diikuti baki kenderaan kepada untuk penerima terakhir, pada minggu lepas (9 April).

image is not availableimage is not available

“Program Bantuan Kenderaan Sementara ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas dengan menyediakan pengangkutan sementara bagi membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan penting seperti perjalanan harian, janji temu perubatan, dan menghantar anak- anak ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, pihak Chery Corporate Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, serta pihak berkuasa tempatan dalam menyelaraskan program tersebut.

Tambah kenyataan itu, selain pinjaman kenderaan selama sebulan ini, pihaknya turut menghulurkan bantuan wang petrol sebanyak RM100 kepada setiap penerima.

“Pihak Chery juga telah menyumbangkan RM50,000 kepada Masjid Putra Heights yang telah memberi perlindungan kepada lebih 80 keluarga terkesan.

“Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban operasi masjid, khususnya dalam menangani kos utiliti dalam menyokong usahanya sebagai pusat pemindahan sementara,” tambahnya.