Letupan Gas Putra Heights: Proton Hulur RM250,000 Untuk Mangsa Terjejas

LocalBusiness & Finance
4 Apr 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PROTON turut menyalurkan bantuan berbentuk kewangan sebanyak RM250,000 untuk mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Peruntukan itu disalurkan bagi memenuhi keperluan segera penduduk yang kehilangan tempat tinggal, termasuk mereka yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, pihaknya komited untuk memberikan sokongan kepada masyarakat yang terjejas.

image is not available

“Kami berharap bantuan kewangan ini dapat meringankan beban mereka yang sedang menderita,” katanya.

Selain bantuan kewangan, enam pusat servis PROTON di kawasan berdekatan telah ditetapkan untuk menawarkan penilaian percuma bagi semua kenderaan Proton yang terjejas akibat kebakaran.

Ini juga termasuk membantu mangsa untuk membuat tuntutan insurans berdasarkan tahap kerosakan kenderaan.

image is not available

Perkhidmatan ini bertujuan untuk menentukan dengan tepat tahap kerosakan dan menyediakan pemilik dengan laluan yang jelas untuk pembaikan dan pemulihan, sama ada kereta PROTON yang terjejas diletakkan di pusat kejadian atau dipindahkan semasa insiden.

Penilaian menyeluruh ditawarkan secara percuma di enam pusat servis untuk pemilik kenderaan Proton yang terjejas, seperti berikut:

image is not available

Untuk bantuan segera, sila hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam kami di 1-800-88-8398 atau WhatsApp 012-219 5426.