Letupan Kuat Gegar Kawasan Perindustrian Di Argentina

15 Nov 2025 • 5:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Letupan Kuat Gegar Kawasan Perindustrian Di Argentina

Argentina — Letupan kuat menggegarkan kawasan perindustrian dan mencetuskan kebakaran di selatan Buenos Aires pada malam Jumaat, dengan sekurang-kurangnya 22 orang dimasukkan ke hospital.

Datuk Bandar Ezeiza, Gaston Granados berkata letupan dan kebakaran besar itu berlaku di kilang yang berbeza, lapor AFP.

Media tempatan melaporkan bahawa lima kilang telah terlibat dalam letupan dan kebakaran itu.

Bagaimanapun, punca letupan masih belum diketahui.

Rakaman TV menunjukkan asap tebal memenuhi kawasan perindustrian itu.

“Kami cuba mengawal (kebakaran) dan memadamkannya tetapi tidak dapat dilakukan setakat ini,” kata Granados.

image is not available
Kredit: AFP

Pengarah hospital Carlos Santoro berkata hospitalnya telah menerima 22 orang yang cedera.

Untuk pengetahuan, kawasan perindustrian itu merupakan ‘rumah’ kepada syarikat yang membuat tayar, produk kimia dan beberapa lagi barangan lain.

“Ia adalah kebakaran yang kompleks. Kebakaran itu akan bertahan dalam tempoh yang lama,” kata pengarah pertahanan awam untuk wilayah Buenos Aires, Fabian Garcia.

https://x.com/TRTWorldNow/status/1989581631800414285

https://x.com/volcaholic1/status/1989498072636764325

https://x.com/cccloran_/status/1989499282572054989

Sumber: AFP

The post Letupan Kuat Gegar Kawasan Perindustrian Di Argentina appeared first on Siakap Keli.