Letupan paip gas: DUN Kinrara, dua klinik kerjasama rawat haiwan terjejas

9 Apr 2025 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kinrara bekerjasama dengan dua klinik bagi merawat haiwan yang terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata klinik haiwan Angel Medical Centre, Puchong dan Fatto Catto Pet Clinic USJ 21 turut menyediakan penempatan sementara selama sebulan bagi anjing dan kucing.

“Bukan hanya manusia yang terkesan tetapi haiwan peliharaan juga kehilangan tempat berteduh. Kami amat menghargai keprihatinan mereka dalam memastikan kebajikan haiwan peliharaan juga diberi perhatian sewajarnya.

“Usaha ini diharap dapat meringankan beban pemilik haiwan yang turut terkesan dengan tragedi ini,” katanya menerusi Facebook.

Sze Han berkata setakat ini sebanyak lapan kucing dan lima anjing ditempatkan di klinik berkenaan sejak insiden letupan paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

“Kepada mangsa letupan yang memiliki haiwan peliharaan untuk dilindungi boleh hubungi kami untuk mendapatkan bantuan, kami akan cuba berurusan dengan klinik berkenaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat khidmat DUN Kinrara menerusi talian 03-8082 1661 atau terus hubungi klinik Fatto Catto Pet Clinic (017-259 0501) atau St Angel Medical Centre (016-412 2721).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved