Letupan Paip Gas Putra Heights Diklasifikasi NFA – Ketua Polis Selangor

LocalPolitics
1 Jul 2025 • 4:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Letupan Paip Gas Putra Heights Diklasifikasi NFA – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) – Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited untuk meneruskan semula siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini, namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Hussein turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkannya kepada polis.

Semalam, beliau mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang boleh menyebabkan kerosakan pada paip gas sehingga mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas.

Menurutnya, rumusan tersebut diperoleh hasil siasatan teknikal susulan letupan saluran paip gas bawah tanah terbabit.

Katanya pembinaan lot kedai pejabat dan kerja penggantian paip pembetung di kawasan kejadian dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved