Letupan Paip Gas Putra Heights: Penduduk Berang Kes NFA

LocalPolitics
2 Jul 2025 • 10:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Putra Heights

Masih ingat lagi tragedi letupan paip gas di Putra Heights? Kini, penduduk di kawasan terjejas bersuara lagi selepas siasatan kes tersebut diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Astro Awani, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu yang dianggap mengecewakan dan menimbulkan banyak persoalan.

Mangsa masih trauma, hilang harta tapi kes tutup Begitu sahaja?

image is not available

Setiausaha KKSB, Mohd Badly Nordin, berkata keputusan tersebut seperti menafikan hak penduduk yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera, kehilangan harta benda dan mengalami trauma seumur hidup berhak diberi kepastian tentang punca sebenar tragedi ini serta pihak yang seharusnya bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, bukan sekadar kehilangan harta benda dan kecederaan fizikal, ada mangsa yang masih hidup dalam ketakutan dan trauma berpanjangan. Keputusan NFA ini seolah-olah menutup pintu keadilan buat mereka.

Disebabkan kecewa dengan hasil siasatan, pihak KKSB mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Bebas ditubuhkan. Ini bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil, serta melindungi mangsa dan saksi yang ingin tampil memberi keterangan.

image is not available

Kami meminta penjelasan terperinci daripada Kerajaan Negeri berkenaan pengagihan bantuan bagi mengelakkan ketidakadilan yang berulang.

Mereka juga menuntut pendedahan penuh hasil siasatan teknikal dan forensik, agar tidak ada pihak yang terlepas daripada tanggungjawab sekiranya ada kecuaian yang berlaku.

Pssttt! Kejadian seperti letupan paip gas ini bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi bila ia libatkan nyawa dan keselamatan orang awam. Bila kes sebesar ini diklasifikasi sebagai NFA, ia bukan saja timbulkan persoalan, tapi boleh buat mangsa rasa tertindas dan tidak dilindungi.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.