Letupan Sonik Asteroid Gegar Kediaman Di Beberapa Negeri

WorldSpace
18 Mar 2026 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Letupan Sonik Asteroid Gegar Kediaman Di Beberapa Negeri

Amerika Syarikat - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengesahkan bunyi kuat yang menggegarkan kawasan dari Ohio sehingga Kentucky merupakan hasil letupan sonik asteroid, lapor ABC World News.

Objek berupa bebola api itu dilapor dapat dilihat penduduk dari sekurang-kurangnya 10 buah negeri kira-kira sebelum jam 9 pagi waktu tempatan.

image is not available
Kredit: ABC News

Menurut NASA, letupan tersebut daripada sebuah meteorit yang bergerak dengan kelajuan kira-kira 40,000 batu sejam.

Pejabat Persekitaran Meteoroid NASA memaklumkan, objek berkenaan mempunyai diameter kira-kira dua meter dan berat sekitar enam tan metrik.

Baca juga:
image is not available
Kredit: ABC News

Difahamkan, objek tersebut menyerupai asteroid kecil berbanding meteroid besar.

Data daripada tiga radar cuaca iaitu KCLE di Cleveland, radar lapangan terbang Cleveland TLVE, dan KPBZ di Pittsburgh mengesan beberapa tanda kejatuhan meteorit.

NASA turut memaklumkan kemungkinan terdapat meteorit yang jatuh ke permukaan bumi di kawasan yang dikenal pasti berdasarkan peta taburan serpihan.

image is not available
Jangkaan kawasan terjejas jika meteorit mendarat. Kredit: NASA

Saiz meteorit yang jatuh berbeza mengikut kategori dengan anggaran lokasi jatuhan ditanda melalui kod warna tertentu.

Bagaimanapun, model tersebut hanya anggaran ringkas dan tidak menjamin kewujudan meteorit bersaiz besar di lokasi berkenaan.

image is not available
Kredit: ABC News

Taburan serpihan juga dipengaruhi oleh angin kuat dari arah Barat Daya pada kelajuan sehingga 156 batu sejam pada altitud 7,475 meter.

Keadaan itu menyebabkan laluan jatuhan meteorit terpesong ke arah Timur Laut.

Bagaimanapun, kehadiran angin kuat tidak menjejaskan meteorit bersaiz besar yang jatuh dengan kadar lebih cepat, sekali gus mengubah pola taburan ke arah Tenggara.

image is not available
Kredit: ABC News

Dalam pada itu, Geostationary Lightning Mapper (GLM) pada satelit cuaca GOES East turut merekodkan kejadian berkenaan.

Laluan meteorit tersebut dilapor bergerak dari Utara ke Selatan merentasi bahagian barat Cleveland, sekali gus menghasilkan letupan sonik yang jelas kedengaran di kawasan itu.

image is not available
Kredit: ABC News

Ketika kejadian, keadaan cuaca dilaporkan mendung serta bersalji, menyebabkan pengesanan radar terhad kepada kawasan di atas lapisan awan.