Letusan Gunung Berapi Kanlaon, Hampir 12,000 Keluarga Terjejas

WorldEnvironment
12 Dec 2024 • 4:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MANILA, 12 Dis (Bernama-PNA) — Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis.

Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.

Setakat ini, seramai 4,630 keluarga atau 15,334 orang telah ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 677 keluarga atau 2,522 orang menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan menyediakan bantuan bernilai PHP6.43 juta kepada keluarga yang terjejas.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved