Letusan Gunung Dukono: Dua Pendaki Singapura Yang Maut Ditemukan Bawah Runtuhan Batu

WorldEnvironment
11 May 2026 • 10:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Letusan Gunung Dukono: Dua Pendaki Singapura Yang Maut Ditemukan Bawah Runtuhan Batu

Letusan Gunung Dukono: Dua Pendaki Singapura Yang Maut Ditemukan Bawah Runtuhan Batu

HALMAHERA UTARA -- Dua warga Singapuran dilaporkan hilang selepas letusan Gunung Dukono, Kabupaten Halmahera Utara, Maluku Utara disahkan maut selepas ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor Detik.com.

Ketua Pejabat Basarnas Ternate, Iwan Ramdani berkata, kedua-dua pendaki itu berumur 30 dan 27 tahun ditemui pada hari ketiga pencarian sekitar jam 1 petang waktu tempatan.

Penemuan ini menjadikan jumlah keseluruhan korban nyawa akibat letusan Gunung Dukono kepada tiga orang, selepas seorang pendaki bernama Angel Krishela Pradita ditemui lebih awal.

"Kedua-dua mangsa berada di satu lokasi yang sama, dalam keadaan dihimpit batu besar. Mereka saling berpelukan dan keadaan tubuh sudah tidak sempurna," katanya.

Sementara itu, portal Kompas.com pula melaporkan keadaan kedua-dua mangsa sudah tidak sempurna dan hanya rangka.

Pasukan mencari dan menyelamat berdepan susulan kedudukan mangsa tertimbus di bawah batu vulkanik dan batu-batu besar.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa menuju ke posko induk di Desa Mamuya, Kecamatan Galela, dan tiba pada jam 5.43 petang.

"Jenazah mangsa kini telah dibawa ke RSUD Tobelo bagi proses bedah siasat," kata Iwan sambil menambah operasi SAR ditamatkan selepas semua mangsa ditemukan.

Baca juga:

Letusan Gunung Dukono

Terdahulu Gunung Dukono dilaporkan meletus pada Jumaat dan telah memerangkap sekurang-kurangnya 20 orang pendaki di kawasan puncak.

Daripada jumlah tersebut, 17 pendaki disahkan selamat, manakala 3 lagi meninggal dunia.

Gabenor Maluku Utara, Sherly Laos dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah di atas musibah yang berlaku ini.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada Basarnas, TNI, Polis, dan sukarelawan yang bekerja keras di lapangan.

"Saya menyampaikan rasa dukacita yang mendalam atas musibah ini. Semoga almarhum ditempatkan di tempat yang terbaik di sisi Tuhan dan keluarga diberikan ketabahan," kata Sherly.

View Original Article