Level artis antarabangsa, Hael Husaini hiasi minggu fesyen Eropah

Women's Fashion
20 Jun 2023 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini sekali lagi menjadi salah seorang jemputan untuk memeriahkan minggu fesyen antarabangsa yang berlangsung di Itali sepanjang Jun ini.

Menerusi paparannya di laman Instagram, penyanyi yang berusia 35 tahun itu memenuhi jemputan beberapa jenama terkenal antarabangsa seperti Prada, MCM, dan Ralph Lauren.

Hael Husaini level2 artis antarabangsa!

Hadir pertunjukan fesyen antarabangsa

Difahamkan, ini merupakan jemputan yang ketiga buat penyanyi itu, menjadi tetamu dan memeriahkan lagi minggu fesyen antarabangsa yang diadakan tahun ini.

Apa yang menariknya, Hael mendapat jemputan eksklusif jenama terkemuka Fendi yang hadir bersama penyanyi popular K-pop, Juyeon ke kilang Fendi yang terletak di Florence, Italy dan sekaligus menyaksikana pertunjukan fesyen.

Hael jumpa pengarah kreatif Fendi!

Hael yang dilihat duduk di barisan hadapan itu juga meluangkan masa bersama pengarah kreatif Fendi iaitu Silvia Venturini Fendi.

image is not available

Excited jadi tetamu eksklusif Fendi!

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi ini begitu teruja menjadi tetamu jemputan eksklusif jenama terkenal Fendi selain banyak lagi peluang besar yang lain dapat dirasai.

” Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihar sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat. Saya juga dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa seperti Diplo, Nicholas Galitzine dan ramai lagi di acara tersebut.”

Difahamkan, pada minggu ini, Hael juga akan terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen untuk beberapa lagi jenama terkenal antarabangsa.