![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-buat-stesen-telur-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam membesarkan anak-anak pastinya makanan merupakan sumber paling penting untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi. Bahkan makanan cukup nutrisi sihat membantu minda dan badan mereka lebih cergas khususnya sewaktu pembelajaran.
Oleh itu, sekolah juga memainkan peranan dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk para pelajar.
Lelaki buat egg live station di sekolah untuk jual pada pelajar
Baru-baru ini, sebuah sekolah rendah di Putrajaya telah menjadi perhatian apabila menyediakan stesen telur yang dimasak secara langsung mengikut pesanan pelajar.
Telur juga merupakan makanan yang kebiasaannya digemari oleh kanak-kanak dan ia juga antara makanan sihat.
Kongsi situasi di stesen telur ketika waktu rehat
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syamil Halek di TikTok, dia yang juga seorang chef merakam situasi di egg live station ketika waktu rehat.
Dalam video itu, terdapat dua kuali leper yang digunakan di stesen berkenaan selain turut terdapat beberapa bahan masakan lain di bahagian kanan cef.
Pelajar pesan telur hancur dan juga telur dadar, siap pesan nak keju
Turut kelihatan ada pelajar yang memesan telur hancur atau scramble egg. Ada juga yang meminta telur dadar atau omelette yang akan diletakkan beberapa bahan lain seperti tomato dan sebagainya.
Malah turut kedengaran ada pelajar yang memesan untuk menambah keju dalam telur yang dipesan oleh mereka.
Bahkan Syamil turut memaklumkan berapakah jumlah bayaran untuk pesanan tersebut sebelum membuatnya.
@syamilhalek Melayan omelette station utk pelajar pelajar sekolah rendah #insta360goultra #povshot #kantinsekolah
♬ 夏とブランチ (Acoustic) – ruuka
Ramai puji inisiatif sediakan makanan sebenar pada pelajar dan sifatkan stesen telur seperti bufet di hotel
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji inisiatif cef dalam menyediakan makanan sebegitu dan menyifatkan ia sihat.
Tidak kurang ada yang mengatakan egg live station tersebut seperti makanan bufet di hotel.
Ada juga bertanya adakah Syamil meletakkan air pada telur tersebut. Syamil kemudian memaklumkan dia menggunakan telur sepenuhnya untuk dimasak dan diberikan kepada pelajar.
Ini kerana ada segelintir yang meletakkan air atau susu agar telur kelihatan banyak.
“Wah, kenapa rehat saya dulu macam tak cukup masa nak tunggu-tunggu ni.”
![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/egg-live-station-1.jpg)
“Wow macam breakfast dekat hotel lah. Good job.”
![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/egg-live-station-2.jpg)
“Bagusnya dari jual makanan fast food yang tak berkhasiat tu. Terima kasih bang.”
![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/egg-live-station-3.jpg)
“Wow bagusnya real food. Sekolah mana ni nak hantar anak sekolah nanti. Anak baru tiga bulan.”
![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/egg-live-station-4.jpg)
“Bestnya, harap sekolah pertimbangkan waktu rehat lama sebab makanan berkhasiat perlukan masa untuk masak.”
![Image from: “Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/egg-live-station-5.jpg)
