
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain melakukan perkara wajib dan meninggalkan segala larangan, Islam juga sentiasa mengalakkan umatnya untuk memperbanyakkan ibadah sunat agar amalan itu dapat menjadi bekalan mereka di hari akhirat kelak.
Tidak dinafikan, kesibukan kerja antara penyebab seseorang muslim tidak mempunyai masa untuk melakukan ibadah-ibadah sunat.
Malah, ada pula yang gemar membuang masa dan tidak melakukan apa-apa sebaliknya hanya bermain telefon atau mendengar lagu. Namun tidaklah semuanya bersikap sebegitu.
Tular wanita khusyuk baca al-Quran dalam tren
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita dilihat khusyuk membaca al-Quran semasa berada di dalam sebuah tren dipercayai MRT.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @memeylufiaz, kelihatan wanita itu membaca kitab suci dalam keadaan berdiri sambil menunggu tren tersebut tiba di lokasi yang ingin ditujuinya.
Gelagat wanita tersebut telah mencuri perhatian seorang individu yang turut berada di dalam tren berkenaan dan bertindak merakamnya.
Penumpang lain main telefon dan leka lihat luar tingkap tren
Di dalam video sama, kelihatan penumpang-penumpang yang lain sedang bermain telefon bimbit seperti kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang.
Malah, ada juga individu yang hanya menikmati perjalanannya dengan merenung ke tingkap luar tren tersebut.
Tidak semua orang mampu membaca atau melihat telefon bimbit ketika menaiki kenderaan kerana akan berasa pening dan sebagainya.
Netizen terutamanya lelaki pakat beri pujian
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terutamanya kaum lelaki memberikan pujian terhadap wanita berkenaan.
Malah, mereka turut menyatakan adalah berbaloi untuk wanita ini meminta wang hantaran yang tinggi.
Terdapat juga satu komen daripada seorang pengguna TikTok yang mendakwa wanita itu bukanlah seorang hafizah, sebaliknya mengikuti kempen #qurantaktinggal sempena ingin menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.





![Pekerja OKU Di R&R Raih Pujian, Gigih Bekerja Walaupun Ada Kekurangan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Dia Main Tak Keluar Boba Ke” – Ramai Geli Hati Lihat Anak Kambing Bermain Dengan Kucing [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![“Usaha Tak Khianati Hasil” – Staf Dapat Gaji RM12,000 Sebulan Dari Majikan Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)
![“Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)

