Levi pelbagai peringkat akan diperkenal - Anwar

LocalPolitics
11 Sep 2023 • 3:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika membentangkan KSP RMK12 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

 - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan levi untuk pelbagai peringkat (multi-tiered levy) dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan serta peralihan kepada automasi dan mekanisasi, selain meneruskan dasar pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja.

Katanya, ketidakpadanan kemahiran, gaji yang rendah dan peningkatan produktiviti yang perlahan merupakan isu pokok yang menghalang keupayaan Malaysia untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

"Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah berani untuk memperkenalkan model gaji progresif yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada golongan pekerja tetapi juga majikan.

"Dasar ini melibatkan peningkatan gaji, kemahiran dan produktiviti pekerja manakala majikan akan memperoleh faedah daripada peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: