Levi’s Bersama Raikan Ramadan Dengan Koleksi Melangkaui Musim

Men's FashionWomen's Fashion
1 Apr 2023 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kempen kali ini memberi tumpuan kepada keindahan bersama, di samping menghargai adat dan berkongsi detik bermakna bersama rakan serta keluarga. - Gambar Levi's

Bagi yang ‘bersahabat’ baik dengan jeans, memakai sepasang denim boleh menggembirakan hati. Keselesaan dan gaya yang diraih membuatkan setiap langkah lebih meyakinkan. Jadi, janganlah teragak-agak untuk menjadi diri sendiri. 

Sempena Ramadan kali ini, jenama fesyen antarabangsa, Levi’s tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan kehadiran bulan yang dinanti-nantikan umat Islam. Kempen kali ini memberi tumpuan kepada keindahan bersama, di samping menghargai adat, dan berkongsi detik bermakna bersama rakan serta keluarga. 

image is not available
Levi's meraikan Ramadan dengan nuansa santai, sopan dan bergaya. - Gambar Levi's

Sempena sambutan ulangtahun global 501® yang ke-150, Levi’s tampilkan kepelbagaian kisah yang diambil daripada peminat sebenar Levi’s yang berkongsi pengalaman menyarung seluar jeans 501® kegemaran mereka. 

Sesuai dengan slogan ‘Good today, Better tomorrow’, kempen ini dilihat bersesuaian dengan sambutan Ramadan. Ini kerana ia menyuarakan hasrat bersama untuk berusaha menjadi lebih baik, berhati mulia, berani dan lebih asli, terutamanya kala bermuhasabah diri. 

Kisah yang diangkat Levi’s ini menggambarkan bagaimana 501® terjalin dengan kehidupan sesama kita yang berubah menjadi lebih baik seiring masa. Kisah jujur dan inklusif ini menunjukkan bahawa ekspresi diri dan komuniti adalah teras semangat Levi’s®. 

image is not available
Bergaya santai dan selesa di bulan Ramadan bersama Levi's. - Gambar Levi's

Berpegang teguh pada estetika 501®, kempen ini mempersembahkan barisan individu yang mewakili keaslian, bersahaja serta mengambil kira masa lampau, kini dan masa depan jeans 501®. 

Dirakamkan dalam palet ton putih, biru nila, hijau dan kuning dengan berlatarkan tekstur pinggiran bandar, imej yang tampilkan dipenuhi dengan watak dan kompleksiti yang menekankan keunikan pada denim, sambil membawa sentuhan perayaan. 

image is not available
Gaya Levi's Ramadan untuk wanita. - Gambar Levi's

Anda boleh saksikan kompilasi video daripada Levi’s ini di sini dan lihat bagaimana setiap individu berkongsi hubungan emosi yang unik antara seluar jeans 501® dengan sambutan perayaan Aidilfitri menerusi tema nilai, komuniti, gaya peribadi, vintaj dan suai guna.

Koleksi terbaharu Levi’s kali ini melengkapkan lagi majlis-majlis keraian dengan sorotan warna segar dan siluet klasik. 

Pilihan untuk lelaki

image is not available
Reka bentuk baharu 501® ’54 untuk si jejaka. - Gambar Levi's

Dengan reka bentuk baharu 501® ’54 untuk si jejaka, helaian jeans vintaj terlaris itu diberikan sentuhan klasik baharu menerusi kaki berpotongan tirus, padanan lurus pada punggung dan peha, bersama stail ikonik yang digemari. 

image is not available
Levi's Men Chino Taper. - Gambar Levi's

Antara helaian lain dalam himpunan ini termasuk XX Chino dalam Standard Taper dan EZ Taper, yang bukan sahaja selesa malah longgar dengan regangan yang seimbang. Ia menampilkan lebih gaya namun masih kemas dan kontemporari. 

image is not available
Tampil lebih santai dengan padanan kemeja berbutang dan kemeja-T potongan longgar. - Gambar Levi's

Untuk padanan atas, penggayaan santai dan kasual diserlahkan menerusi kemeja berbutang dan kemeja-T potongan longgar. Mudah dipadankan dengan helaian klasik moden.

Sesuai untuk hijabista

Kepelbagaian penampilan untuk wanita pula menawarkan siluet lebih longgar dan feminin. Blaus berlengan panjang dalam campuran cetakan warna dan corak turut menjadi tumpuan bagi musim perayaan ini. 

image is not available
Blaus lengan panjang yang elegan dan sopan. - Gambar Levi's

Gayakannya bersama jeans klasik baharu untuk penampilan kontemporari, segar dan bertenaga. Untuk gandingan seluar, boleh cuba jeans 501® ’81 – seluar berpinggang paling tinggi dengan potongan kaki paling tirus dalam keluarga 501®. 

image is not available
Ala 'mom jeans' dengan sedikit kelainan namun kekal bergaya. - Gambar Levi's

Ia seakan ‘mom jeans’ namun memberikan nuansa yang lebih bergaya. Selain itu, Levi’s juga telah menyatukan dua perkara yang pastinya anda gemari - siluet kaki lebar melengkung bersama padanan ‘baggy’. 

image is not available
Seluar bukan denim yang wajib ada dalam setiap almari pakaian wanita. - Gambar Levi's

Ini adalah seluar bukan denim yang wajib ada dalam setiap almari pakaian wanita. Istimewanya seluar ini turut dihasilkan secara lestari menggunakan TENCEL™ Lyocell, gentian lembut yang diperoleh daripada kayu yang diperoleh secara mampan. - Getaran, 1 April 2023 

View Original Article