
Buat pertama kalinya, jenama denim ikonik Levi’s® melakar sejarah di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 menerusi Levi’s® Designer Feature, inisiatif istimewa yang mengangkat kreativiti, ekspresi diri dan bakat tempatan ke pentas arus perdana.

Mengangkat tema ‘Denim Menerusi Lensa Baharu’, Levi’s® menampilkan 13 pereka muda Malaysia yang diberi cabaran mengolah semula item klasik seperti jeans 501®, Jaket Trucker dan kemeja, menerusi perspektif moden yang berani dan eksperimental.
Mereka terdiri daripada AKUDESIGN, Andrew Charles, Daniel Ong, Fairuz Ramdan, Hasz Hishaam, Mei Xuan, Masyadi Mansoor (MSYD), Natasha Khan, Oscar Lee (OUTDWELL), Russell Chin, Salahuddin Hilmi, SOOCHIENYEOL dan Zaff Ben Jibby.

Setiap rekaan memancarkan elemen gaya jalanan, utilitarian dan avant-garde, menolak batas konvensional denim ke dimensi baharu.
Pementasan ini bukan sahaja mempesonakan KLFW 2025, malah akan diperluas ke platform digital https://levi.com.my/.
Menurut Ketua Pemasaran Levi’s® APAC, Hervé Bullot, kolaborasi ini memperkukuh hubungan jenama dengan komuniti kreatif tempatan serta memberi ruang kepada generasi muda untuk menyerlahkan identiti mereka melalui seni rekaan.
Levi’s® berjaya membuktikan bahawa denim bukan sekadar pakaian, ia adalah medium ekspresi diri tanpa batas.
Persembahan Levi’s di KLFM 2025 boleh dianggap sebagai salah satu sorotan paling memukau.
Levi’s® Icons Kembali Bergaya Untuk Musim Luruh/Dingin 2025
Levi’s® mempersembahkan koleksi Levi’s® Icons Musim Luruh/Dingin 2025, satu gabungan sempurna antara warisan klasik dan inovasi moden.
Ikon-ikon denim yang tidak lapuk dek zaman ini hadir dalam versi yang dipertingkatkan dengan potongan baharu, tekstur mewah dan fabrik inovatif.

Berakar-umbi daripada legasi Levi’s®, ikon yang diilhamkan semula menafsir gaya klasik dengan potongan terkini, tekstur mewah dan fabrik inovatif, lalu menawarkan keseragaman gaya yang mudah dengan sentuhan kontemporari.
Keluarga 501® adalah antara ikon denim yang paling kekal sepanjang zaman. Untuk koleksi wanita musim ini, 501® 90s menawarkan potongan santai, ringan dan berinspirasikan vintaj yang menarik ditonjolkan bersama jaket berstruktur serta helaian berlapis lembut.
Ia juga boleh digayakan bersama Kemeja Teodora untuk sentuhan feminin atau Jaket Trucker Shrunken 90-an untuk gaya santai lagi cool.
Untuk si jejaka, 501® Original kekal sebagai tumpuan utama. Koleksi ini menampilkan pendekatan berinspirasikan gaya Amerika terhadap seluar jeans klasik.

Padankan juga Kemeja Barstow bersama Western Shorthorn Trucker untuk gaya lasak dan bergaya, atau tampil dengan gaya denim-atas-denim menerusi Relaxed Fit Trucker.
Sementara itu, 501® Thermodapt memperbaharui helaian ikon dengan memperkenalkan fungsi yang berteknologi tinggi pada denim klasik.

Diperbuat daripada 100 peratus fabrik kapas tanpa regangan, teknologi denim mudah suai ini menyerap lembapan untuk kekal sejuk dalam cuaca panas dan menebat haba untuk memberi kehangatan ketika cuaca sejuk.
Helaian ikon ini memberikan keselesaan sepanjang musim dengan penampilan denim asli. Koleksi terkini Levi’s® Icons boleh didapati di levi.com.my dan di semua butik Levi’s® seluruh negara. - Getaran, 15 Ogos 2025
Foto : Levi’s® Malaysia
