Seperti Samsung, LG turut melancarkan tiga model monitor gaming LG UltraGear Evo mereka sempena CES 2026. Antara ciri menarik disokong monitor baharu ini ialah kecerdasan buatan (AI) yang meningkatkan resolusi ke 5K tanpa memerlukan GPU baharu. Terdapat juga sokongan AI Scene Optimization dan AI Sound.
Model pertama ialah LG UltraGear Evo 39GX950B dengan skrin 39” 5K2K OLED tandem RGB yang menawarkan warna lebih tepat serta panel lebih tahan lama. Menerusi dual model panel menyokong kadar segar semula 165Hz (5K2K) atau 330Hz (WFHD). Skrin monitor ini melengkung denhgan 1500R, panel 21:0 dan melepasi piawaian HDR True Black 500.

Seterusnya ialah LG UltraGear Evo 7GM950B dengan skrin 27” 5K MiniLED pertama di dunia yang lengkap dengan 2,304 zon dimming. Menerusi dual model panel menyokong kadar segar semula 165Hz (5K) atau 330Hz (QHD). Skrin monitor melepasi piawaian HDR 1000 dan kecerahan puncak sehingga 1250 nit.
Akhir sekali ialah Seterusnya ialah LG UltraGear Evo 52G930B dengan skrin 52” yang menurut LG adalah panel 5K terbesar di dunia serta menyokong kadar segar semula 240Hz. Ia sebuah monitor ultra lebar dengan nisbah skrin 12:9 yang adalah 33% lebih luas berbanding panel UHD biasa. Lengkungan skrinnya pula ialah 1000R.
Ketiga-tiga model akan diperlihatkan oleh LG di lantas CES yang berlangsung bulan depan.

