LG M5 Adalah TV OLED Nirwayar Dengan Alat Kawalan AI Generatif

TechnologyDigital
6 Jan 2025 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri LG M adalah televisyen pintar webOS OLED generasi baharu yang masih tidak dijual di Malaysia. Di acara CES 2025, LG telah melancarkan siri M5 yang kini dikuasakan banyak ciri AI generatif. TV ini sekali lagi memfokuskan kemampuan HDR dengan paparan terang dinamik pada skrin.

LG M5 2025 kekal menggunakan teknologi sambungan Zero Connect Box. Dengan kotak ini, mana-mana kotak TV, konsol, soundbar atau peranti tambahan boleh disambungkan tanpa wayar berjuntai pada televisyen. Jika pada M4 ia terbukti berfungsi dengan baik, pada M5 dijanjikan adalah jauh lebih stabil.

image is not available

Untuk teknologi HDR, Brightness Bosster Ultimate diperkenalkan yang boleh meningkatkan kecerahan dengan kawalan lebih pintar menggunakan algoritma tersendiri. Melaluinya, kecerahan skrin boleh mencapai sehingga tiga kali. Untuk para pemain permainan video, TV ini menyokong kadar segar semula 165Hz dan mempunyai pilihan saiz dari 65-inci, 77-inci, 83-inci dan 97-inci.

TV LG baharu ini dijana dengan cip Alpha II Gen 2. Teknologi skrin mercu ini turut akan dibawakan ke siri TV C yang ada dijual di Malaysia. Bagi pengguna LG, pasti mengenali alat kawalan jauh Magic Remote. Kali ini, alat kawalan telah dikuasakan dengan AI – di mana tiada butang input tambahan. Sebaliknya ada butang Home Hub untuk akses cadangan input di skrin TV.

image is not available

Ciri AI lain adalah AI Pictures Pro, AI Sound Pro dan saluran audio audio 11.1.2 maya turut disediakan dalam TV ini. Bercakap mengenai AI, alat kawalan jauh TV ini turut boleh mengakses chatbot yang dikuasakan pelbagai LLM seperti Microsoft Copilot. TV ini akan dilancarkan secara rasmi pada sepanjang tahun 2025.