LG Malaysia Perkenal Vakum Tanpa Wayar, LG CordZero™ All-in-One Tower™

20 Oct 2023 • 11:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
LG Malaysia perkenal vakum tanpa wayar

Jenama peralatan rumah global LG Electronics Malaysia (LG) perkenal vakum tanpa wayar, LG CordZero All-in-One Tower yang menjamin tahap pembersihan hebat kepada isi rumah.

LG Malaysia perkenal vakum tanpa wayar

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, vakum yang menawarkan penyelesaian penjagaan rumah komprehensif itu membuktikan komitmen LG terhadap inovasi dan kemudahan.

“All-in-One Tower memberikan pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan.

“Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Justin berkata demikian dalam satu kenyataan selepas majlis pelancaran LG CordZero All-in-One Tower di ibu negara, semalam.

image is not available

Justin ketika berucap pada majlis pelancaran LG CordZero All-in-One Tower

All-in-One Tower menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.

Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga dua jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok bagi menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk.

Ia juga merangkumi Sistem Penapisan Tiga Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara lebih bersih di dalam rumah.

image is not available

Justin (empat dari kiri) bersama Pengarah Produk Peralatan Rumah LG, Jihye Kim (tiga dari kanan)

Tambah Justin, pihaknya berdedikasi dalam memastikan pelanggan dapat menikmati kemudahan harian bukan sahaja melalui perkakas rumah tetapi juga dengan aplikasi ThinQ LG.

“Vakum ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar,” ujarnya.

LG CordZero kini tersedia di semua pengedar sah LG dengan harga bermula RM2,299 sehingga RM4,999.

View Original Article