LG Mengambil Alih Athom Bagi Mengembangkan Lagi Ekosistem ThinQ

TechnologyDigital
4 Jul 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG ThinQ adalah ekosistem peranti Internet benda oleh LG. Jenama ThinQ ini turut adalah untuk semua benda pintar termasuk AI, aplikasi eksklusif dan banyak lagi. Terbaru, LG telah mengambil alih Athom iaitu jenama peranti Internet benda dari Belanda yang juga merupakan pengeluar Homey. Ini adalah untuk mengembangkan lagi ekosistem ThinQ.

image is not available

Perjanjian ini memberi LG pegangan sebanyak 80% kepada Athom. Menjelang tiga tahun lagi, LG berhasrat untuk mengambil alih Athom sepenuhnya. LG akan mengintegrasikan Homey terus ke dalam ekosistem ThinQ. Penawaran baharu yang akan diberikan kepada pengguna adalah, ThinQ x Homey akan menjadi hab peranti Internet benda yang dikuasakan oleh AI yang turut boleh memahami kehendak pengguna.

image is not available

Homey di bawah Athom menyokong sambungan kepada lebih 50,000 peranti berbeza termasuk Philips Hue, IKEA dan banyak lagi. Setiap peranti yang disokong turut boleh disambungkan dengan pelbagai kaedah seperti Z-Wave, Matter, Thread, WiFi atau juga Bluetooth. Pengambilalihan ini akan masih memastikan Athom bergerak sendiri seperti biasa, misalnya terus menjual Homey Pro.

image is not available

Langkah LG ini adalah seperti Samsung yang mengambil alih SmartThings pada tahun 2014. Kini SmartThings adalah ekosistem utama peranti Internet benda dan rangkaian carian tersendiri Samsung yang hebat. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut LG ThinQ x Athom Homey, seperti adalah mereka akan kembangkan pelbagai produk ke Malaysia dan sebagainya.