LG Menghentikan Sokongan Semua Telefon Pintar Bermula 30 Jun

TechnologyDigital
5 May 2025 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG menarik diri daripada pasaran telefon pintar dan tablet pada tahun 2021 selepas tidak lagi mampu bersaing dengan pengeluar lain. Selepas hampir empat tahun, LG kini mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan kemas kini serta perisian untuk peranti mudah alih sedia ada bermula 30 Jun 2025.

image is not available

Perkhidmatan yang akan ditamatkan pada tarikh tersebut ialah kemas kini perisian secara OTA, aplikasi Update Center dan LG Bridge yang digunakan bersama dengan PC. Semua data peribadi yang telah dikumpul juga akan dilupuskan sejurus selepas kesemua perkhidmatan ditamatkan. Pemilik peranti LG disarankan untuk melakukan kemas kini terakhir sebelum 30 Jun

Perniagaan telah ditutup kerana LG tidak lagi mampu menanggung kerugian. Perniagaan cuba dijual kepada Volkswagen dan VinGroup JSC dari Vietnam tetapi kata sepakat gagal dicapai. Pengumuman dilakukan selepas LG memperlihatkan konsep telefon pintar skrin bergulung LG Rollable. Walaupun telefon ini tidak pernah dilancarkan, teknologinya kemudian digunakan pada TV pintar Signature OLED R.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved