LG Menuntut Pampasan Daripada Apple Kerana Membatalkan Projek MikroLED Apple Watch

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MikroLED adalah teknologi panel skrin yang lebih hebat berbanding OLED. Ia mempunyai skrin yang lebih terang, warna lebih jitu, kurang risiko tuna-skrin (burn-in) dan juga jimat penggunaan kuasa. Apple telah merancang untuk menggunakan skrin ini pada Apple Watch Ultra baharu dengan menempah daripada LG, namun projek ini telah dibatalkan dan LG kini dilaporkan menuntut pampasan.

image is not available
Apple Watch Ultra – Mod Malam

Tujuan Apple membatalkannya adalah kerana kos pembangunan dan pengeluar skrin mikroLED yang mahal hanya untuk jam. Sebaliknya, mikroLED akan digunakan pada iPhone, iPad dan MacBook. Namun begitu, disebabkan pada awalnya Apple telah berbincang dengan LG dan LG pula telah bersiap sedia termasuk melakukan pelaburan, melantik orang baru untuk jawatan sepatutnya, memindahkan mesin di kilang dan banyak lagi dengan sekitar ratusan bilion Won telah dibelanjakan. Menurut The Elec, walaupun LG tiada sebarang kontrak rasmi dengan Apple mereka masih mahukan pampasan atas persediaan yang telah dilakukan.

Apple tidak memberi sebarang maklum balas atas perkara ini. Buat sementara waktu, masih lambat lagi nampaknya untuk kita melihat skrin mikroLED digunakan pada produk Apple. Apa kata anda?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved