LG Perkenal Strategi Dan Inovasi Untuk Asia Di LG InnoFest 2026 APAC

LocalTechnology
9 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

LG Perkenal Strategi Dan Inovasi Untuk Asia Di LG InnoFest 2026 APAC

LG Electronics (LG) mempamerkan produk terbaharu serta penyelesaian khusus serantau di LG InnoFest 2026 APAC di Busan, Korea, dari 7 hingga 10 April 2026.

Sebagai kemuncak siri InnoFest 2026 LG, acara ini menghimpunkan lebih 200 rakan strategik utama dan wakil media dari kira-kira 20 negara di seluruh rantau Asia-Pasifik dalam usaha memperkukuh kerjasama serta bertukar pandangan mengenai strategi perniagaan.

Bertemakan “Innovation, Forward Together”, LG InnoFest 2026 APAC menampilkan rangkaian produk dan penyelesaian terkini LG yang dibangunkan berteraskan gaya hidup pengguna Asia.

Berinspirasikan elemen budaya yang merentasi rantau ini, pameran tersebut menunjukkan bagaimana inovasi K-Tech diterapkan untuk menyediakan penyelesaian kediaman yang praktikal dan relevan mengikut keperluan tempatan di pasaran Asia yang pelbagai.

image is not available

Penyelesaian Penjagaan Pakaian Generasi Baharu

LG memperluas portfolio dobinya dengan rangkaian penuh WashTower™, termasuk model baharu bersaiz 25 inci yang direka khusus untuk kediaman di Asia, di samping versi sedia ada 24 inci dan 27 inci.

Direka untuk kecekapan ruang serta kemudahan harian, rangkaian ini mencerminkan pemahaman LG terhadap kepelbagaian persekitaran kediaman di rantau ini.

Model mesin basuh muatan atas yang terbaharu turut meningkatkan penjagaan fabrik dan prestasi cucian, dipacu oleh teknologi Artificial Intelligence Direct Drive™ (AI DD™) yang mengoptimumkan pergerakan basuhan berdasarkan jenis fabrik dan tahap kekotoran. TurboWash™ 3D pula mempercepatkan cucian dengan melengkapkan kitaran penuh dalam tempoh kurang daripada 30 minit, manakala dispenser automatik mengukur dan menyalurkan detergen bagi setiap cucian, sekali gus mengurangkan keperluan pengisian semula yang kerap.

LG WashCombo™ terbaharu memperkukuh lagi penyelesaian pengeringan LG dengan model semua-dalam-satu (All-in-One) yang memberikan prestasi pengeringan yang konsisten dan berkesan melalui teknologi Inverter HeatPump™ LG. Kecekapan tenaga yang dipertingkatkan ini selari dengan tumpuan pengguna Asia terhadap kos elektrik, sementara rangkaian pengering berdiri sendiri yang diperluas menawarkan pilihan berkecekapan tinggi yang lebih menyeluruh.

LG turut menawarkan penyelesaian dobi komersial yang direka untuk operasi berfrekuensi tinggi dan tempoh penggunaan yang panjang. Berteraskan lebih sedekad pengalaman dalam segmen separa komersial, portfolio ini menampilkan keupayaan bertaraf profesional seperti program basuhan yang disesuaikan, sambungan API terbuka, serta reka bentuk akses hadapan yang memudahkan penyelenggaraan.

Bersandarkan kepakaran ini, LG bakal memperkenalkan mesin basuh-pengering komersial HeatPump Combo baharu yang menggabungkan kedua-dua fungsi dalam satu unit, sekaligus meningkatkan kemudahan serta menjimatkan ruang. Peluasan global ini dirancang susulan permintaan yang menggalakkan di Korea. 

image is not available

Penyelesaian Dapur Pintar untuk Setiap Gaya Hidup

LG memperkenalkan rangkaian penyelesaian peti sejuk yang direka berasaskan gaya hidup dan persekitaran kediaman di seluruh Asia. Reka bentuk Fit & Max yang baharu menampilkan Zero Clearance Hinge yang membolehkan penampilan built-in yang lebih kemas tanpa pembaziran ruang di bahagian dinding, sambil memaksimumkan kapasiti penyimpanan dalam dapur bersaiz kompak.

Selain itu, Ice Solution inovatif LG pula memenuhi tabiat penggunaan ais yang tinggi dalam kalangan pengguna Asia dengan menyediakan empat pilihan ais iaitu Craft Ice™, Crushed, Cubed dan Mini Craft yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika menerima tetamu.

Untuk cucian pinggan mangkuk yang lebih pantas dan berkesan, mesin basuh pinggan mangkuk terbaharu LG hadir dengan kitaran eksklusif basuh dan kering dalam hanya satu jam. Teknologi QuadWash™ Pro menggunakan empat lengan semburan dengan pancutan air bertekanan tinggi serta mikrobuih untuk memastikan pembersihan menyeluruh dari pelbagai sudut.

Dynamic Heat Dry+ pula meningkatkan prestasi pengeringan melalui bahan penyerap kelembapan yang menyingkirkan wap air sambil menghasilkan udara hangat untuk pengeringan yang efisien. Di samping itu, kecekapan tenaga bertaraf A ditawarkan dalam banyak model utama LG dalam segmen premium dan volum. 

Bagi pasaran Asia Tenggara, LG turut memperkenalkan koleksi dapur built-in yang disesuaikan, merangkumi ketuhar, dapur memasak dan hud, bagi memenuhi keperluan segmen B2B dan B2C.

Antara tarikan utama ialah Camera Oven termaju yang menggunakan kamera dalaman bagi mengenal pasti bahan masakan serta mencadangkan mod memasak yang optimum, di samping memantau warna permukaan bagi memastikan hidangan dimasak dengan sempurna.

image is not available

Pengalaman Pameran Imersif

Buat pertama kalinya di InnoFest, LG akan menganjurkan sesi live commerce untuk rakan kongsi di pasaran terpilih, sekali gus menghidupkan lokasi acara dengan suasana jualan yang dinamik dan interaktif terus dari ruang pameran.

Para pengunjung juga berpeluang meneroka tiga zon pameran yang berbeza yang menggambarkan pelbagai persekitaran kediaman di seluruh Asia.

Walaupun gaya hidup yang dipaparkan mencerminkan keperluan serantau yang berbeza, reka bentuk ruang yang diinspirasikan oleh drama Korea yang mendapat sambutan hangat di rantau ini menghasilkan pengalaman yang menarik dan lebih mengasyikkan bagi pengunjung.

Dalam zon-zon ini, LG merealisasikan visi AI Home dengan menunjukkan bagaimana teknologi pintar mampu mempermudah serta meningkatkan kualiti kehidupan harian.

Dikuasakan oleh AI Home Hub, ThinQ ON™, rangkaian peralatan pintar berasaskan AI dan peranti IoT LG dihubungkan dan diselaraskan secara lancar bagi mewujudkan pengalaman kediaman yang intuitif dan bersepadu. ThinQ ON™ telah pun diperkenalkan di pasaran awal dan dijadualkan untuk diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Asia-Pasifik, bermula dengan Australia dan Thailand.

image is not available

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjangnya di Asia, LG mengembangkan inovasinya melangkaui penawaran produk melalui peluasan global LG Subscribe, perkhidmatan langganan fleksibel untuk peralatan rumah.

LG kini aktif membangunkan perniagaan ini di pasaran Asia yang pesat berurbanisasi, termasuk Malaysia, Thailand, Taiwan, Singapura dan Vietnam, dengan menawarkan akses kepada peralatan serta penjagaan produk yang komprehensif.

“Asia merupakan antara pasaran kami yang paling dinamik dan penting, dan InnoFest 2026 memberikan peluang berharga untuk kami berhubung dengan rakan kongsi serta berkongsi visi kami untuk masa depan,” kata Jaeseung Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau LG Electronics Asia-Pasifik.

“Berteraskan inovasi teknologi kami, kami terus memajukan penyelesaian kediaman berkuasakan AI yang mencerminkan gaya hidup tempatan.”