LG PuriCare AeroCatTower Air Purifier Kini di Malaysia – Langganan Bermula RM70

8 Jan 2026 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ada kucing di rumah tetapi mahukan suasana yang bersih? Inilah masa sesuai untuk mendapatkan LG PuriCare AeroCatTower Air Purifier baharu. Produk ini direka khusus untuk kediaman yang mempunyai kucing dengan gabungan teknologi penapis udara berkualiti tinggi serta reka bentuk mesra haiwan.

image is not available

LG PuriCare AeroCatTower ialah penapis udara 4‑dalam‑1 yang direka khusus untuk kediaman dengan kucing. Menurut LG, ia mampu menyingkirkan bulu kucing dan bau melalui sistem penapisan berprestasi tinggi. Teknologi UVnano Light yang digunakan pula mampu menghapuskan sebanyak 99.99% bakteria dan virus berbahaya pada bilah kipas. Selain itu, ia dilengkapi tempat duduk berhaba dengan dua tetapan suhu iaitu 34°C dan 39°C bagi memberikan kehangatan kepada kucing dalam Cat Relax Mode.

image is not available

Sokongan Easy Change Pre Filter pula berfungsi menangkap kotoran seperti bulu kucing dan habuk serta boleh dibersihkan atau diganti dengan mudah bagi memastikan prestasi sentiasa optimum. Selain itu, fungsi penjejakan penjagaan haiwan (Pet Care Tracking) membolehkan berat badan dan masa rehat kucing dipantau melalui aplikasi LG ThinQ. Penapis udara ini turut beroperasi secara senyap bagi memastikan kucing kekal selesa ketika udara ditapis.

image is not available

Bagi yang berminat, LG PuriCare AeroCatTower Air Purifier boleh dimiliki di Malaysia melalui beberapa kaedah langganan. Pilihan yang ditawarkan termasuk RM70 sebulan untuk tempoh 7 tahun dengan khidmat kendiri atau RM90 sebulan bagi 7 tahun dengan lawatan berkala.

image is not available

Sebagai alternatif, terdapat juga pakej RM100 sebulan untuk 5 tahun dengan khidmat kendiri dan RM120 sebulan bagi 5 tahun dengan lawatan berkala. Sekiranya ingin memilikinya terus tanpa langganan, penapis udara ini turut dijual pada harga RM3200 seunit.

View Original Article