LG Signature OLED M Ialah TV Nirwayar Pertama Dunia

TechnologyDigital
3 Aug 2023 • 7:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Impian peminat AV ialah televisyen yang tidak mempunyai sambungan berwayar yang berselirat. Hampir mustahil sekarang kerana secara purata ramai memiliki lebih daripada satu konsol permainan videi dan kotak TV di rumah. Penyelesaiannya ialah sambungan satu wayar seperti One Connect Box pada TV Samsung. LG kini mula menawarkan “TV nirwayar” pertama di dunia dengan ia hanya memerlukan satu kabel kuasa nipis untuk berfungsi.

image is not available

LG Signature OLED M dilengkapi skrin 97″ OLED dengan resolusi 8K. Ia menyokong format Dolby Vision dan audio Dolby Atmos. Ia “nirwayar” kerana hanya memerlukan satu sambungan kuasa. Kesemua input AV untuk HDMI dan audio dilakukan secara nirwayar menerusi kotak Zero Connect Box. Kotak ini boleh memancarkan input sehingga 4K 120FPS terus kepada TV sehingga jarak 10 meter.

image is not available

Menurut LG sistem Zero Connect Box mereka mempunyai kemampuan menghantar maklumat ke TV secara nirwayar tiga kali lebih pantas berbanding WiFI 6E. Sebelum ini Signature OLED M hanya dipasarkan di Korea Selatan tetapi bermula September ia akan ditawarkan ke pasaran global pada harga £28,000 (~RM 162,000) sebuah.

  • Sumber
  • LG

View Original Article