LG StanbyME Go Ialah TV Pintar Dalam Beg Untuk Mudah Dibawa

TechnologyDigital
1 Jun 2023 • 7:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak monitor mudah alih di pasaran tetapi kesemuanya sukar dibawa kerana tidak didatangkan dengan tempat simpanannya sendiri. Ini meningkatkan risiko berlaku kerosakan. Penyelesaian kepada isu ini ialah LG StanbyME Go 27LX5 yang hadir dalam sebuah begnya yang tersendiri.

image is not available

Bila kami katakan beg ia secara harfiah sebuah bekas simpanan yang merupakan sebuah beg dengan cangkerang keras yang menjadi pilihan pekerja pejabat di dekad 80an. LG StanbyME Go 27LX5 ialah sebuah TV pintar WebOS sebesar 27″ LED dengan resolusi FHD serta sokongan Dolby Vision. Skrin ini adalah dari jenis sesentuh yang memudahkan kawalan dengan jari.

image is not available

Apabila dibuka dari beg simpanan, skrin boleh diputarkan 90 darjah menegak, dinaikkan juga ke sudut sehingga 90 darjah dan ketinggian diubah sehingga 18cm. Terdapat sebuah speaker 20W yang menyokong audio Dolby Atmos. Pek bateri membolehkan ia beroperasi sehingga tiga jam.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved